sukatulis

Alhamdulillah kini laman web SUKATULIS sudah berwajah baharu. Sebenarnya hampir 3 bulan lepas sudah merancang untuk mengemaskini, namun hanya terlaksana sekarang atas pelbagai faktor.

Jika dahulu SUKATULIS hanya sekadar menjalankan servis penulisan artikel dan blog, kini laman web SUKATULIS turut mengandungi kedai buku mini online yang mengandungi pelbagai buku fizikal dan digital (ebook).

Ada buku pendidikan, panduan perniagaan, panduan menjana pendapatan tambahan dan macam-macam lagi topik yang boleh anda dapatkan.

Pihak kami juga turut menyediakan beberapa ebook FREEMIUM istimewa buat anda.

Istimewanya ebook FREEMIUM ini hanya boleh didapati melalui laman web SUKATULIS sahaja. Tidak ada dijual di tempat lain dan kami hadiahkan kepada semua pengunjung dan pembaca laman web dan blog SUKATULIS sahaja.

Semoga usaha kami yang sedikit ini dapat mendatangkan manfaat dan kebaikan kepada anda semua.

InsyaAllah dari semasa ke semasa kami akan turut menambah bilangan buku fizikal, ebook dan panduan video di laman web kami. 

Ebook FREEMIUM juga akan kami tambah apabila berkesempatan nanti.

Servis penulisan artikel bahasa Melayu 500 patah perkataan turut dikekalkan. 

Walaubagaimanapun servis penulisan lain dihentikan dahulu buat masa ini bagi membolehkan pihak kami fokus dan menjaga kualiti penulisan untuk servis penulisan artikel 500 patah perkataan.

Pihak kami berharap dengan penambahbaikan yang sedikit ini dapat memberikan nilai tambah yang diperlukan kepada semua pembaca, pelanggan dan juga bakal pelanggan kami.

Sedar tak sedar juga sudah hampir setahun kami cuba bangunkan jenama sukatulis ini.

Terima kasih atas sokongan semua. Kami sedar, kami ini masih mentah dalam dunia penulisan.

Masih banyak perkara yang perlu dipelajari dan diperbaiki untuk membolehkan kami memberikan perkhidmatan yang lebih baik untuk anda semua.

Terima kasih, jasa anda semua yang menyokong SUKATULIS sewaktu kami bermula dari kosong dahulu memang tidak akan kami lupakan.

 

AHMAD

AHMAD

Penulis kecil-kecilan yang berbadan besar. Menulis kerana minat dan mencari pendapatan tambahan. Menulis sebagai satu medium melepaskan stress, tetapi selalu stress apabila menulis.

SUKATULIS

SUKATULIS

Menulis sekadar suka-suka. Kini membantu menghasilkan penulisan bahasa Melayu untuk mereka yang memerlukan.

Tinggalkan komen anda di sini

Mengenai Kami

 

servis penulisanSUKATULIS merupakan sebuah servis penulisan bahasa Melayu. Asalnya menulis sekadar suka-suka. Kini SUKATULIS fokus menghasilkan penulisan bahasa Melayu dalam bentuk artikel, blog dan ebook buat pelanggan SUKATULIS.

 

HANTARAN BLOG TERDAHULU

sukatulis
Penulisan
sukatulis

Wajah baru Sukatulis

Alhamdulillah kini laman web SUKATULIS sudah berwajah baharu. Sebenarnya hampir 3 bulan lepas sudah merancang untuk mengemaskini, namun hanya terlaksana sekarang atas pelbagai faktor. Jika dahulu SUKATULIS hanya sekadar menjalankan servis penulisan artikel dan blog, kini laman web SUKATULIS turut mengandungi kedai buku mini online yang mengandungi pelbagai buku fizikal dan digital (ebook). Ada buku

Read More »
typewriter, letters, antiques
Pendapatan menulis
sukatulis

Kerja menulis suka-suka dapat income 4 angka

Kerja menulis ni sebenarnya diminati oleh ramai orang termasuk saya sendiri. Sejak kecil lagi memang saya sangat minat dengan kerja-kerja menulis. Tetapi sekadar tulis diari sahaja.  Tapi tidak pernah saya menyangka minat menulis secara  suka-suka ini akhirnya berjaya bantu hasilkan pendapatan 4 angka secara konsisten setiap bulan buat saya. Zaman sekarang hampir semua orang ada

Read More »
Scroll to Top